PLOT: Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara computer, percaya bahawa melalui kritikan anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya. Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi. Namun, segala-galanya berubah apabila Ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya. Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi?
Setan Facebook 2010
Gadoh 2009
Hikayat Merong Mahawangsa 2011
Sang Pencerah 2010
Anak Halal 2007
Magika 2010
Dalam Mihrab Cinta 2010
Kutukan Suster Ngesot 2009
Kembar Siang 2011
Rumah Pondok Indah 2008
Lawang Sewu 2007
Senjakala 2011
Darah Perawan Bulan Madu 2009
Papadom 2009
Diari Suami 9 Bulan 2011
Di Larang Masuk 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


























